Thursday, 19 May 2016

Kaedah Penilaian Linguistik Klinikal: Malaysian Developmental Language Assessment Kit (MDLAK) - Psikolinguistik

Terdapat pelbagai ujian yang boleh dilakukan ahli terapi bahasa dalam menjalankan Kaedah Penilaian Linguistik Klinikal. Salah satunya ialah MDLAK. Kit Perkembangan Bahasa Penilaian untuk Malaysia (Malaysian Developmental Language Assessment Kit) (MDLAK) direka oleh Faust, Mullis dan Solomon digunakan sejak 1992 lagi. Ujian ini digunakan ahli terapi bahasa bagi menilai pre verbal (PVA), reseptif (RLA) dan ekspresif (ELA) kanak-kanak. Setelah diuji, kanak-kanak tersebut akan ditandai dengan L untuk Lulus, B untuk Dengan Bantuan atau M untuk Masih Belum (P – Pass, E - Emerging or N – Not Yet). Jika kanak-kanak itu tidak diuji dengan kemahiran tertentu, kanak-kank itu akan diberikan markah (--).Item-item yang terlibat dalam ujian MDLAK ini akan dilakukan pada awal dan akhir ujian untuk mendapatkan perbandingan keputusan. 

Terdapat 6 jenis ujian yang dilakukan dalam MDLAK ini contohnya:

Kategori
Bahan
Jenis Ujian
(Ujian Preverbal) Melihat Bersama
Bola dengan loceng, Beg
Sembunyikan permainan kecil di dalam beg. Tarik perhatian kanak-kanak dengan memberitahu ada sesuatu di dalam beg tersebut. Buka perlahan-lahan. Adakah kanak-kanak itu melihat beg itu sekurang-kurangnya 5 saat semasa anada membuka beg itu?
(Ujian Preverbal) Mendengar bersama
Loceng
Alih perhatian kanak-kanak supaya melihat ke hadapan. bunyikan loceng di sebelah kiri kanak-kanak itu kemudian bunyikan pula di sebelah kanan. Adakah kanak-kanak itu dapat mengenalpasti di mana bunyi tersebut?
(Ujian Preverbal) Mendengar bersama

Panggil nama kanak-kanak tersebut. Adalah dia memberi respon?
(Ujian Preverbal) Meniru
Kain dan Permainan
Sembunyikan permainan di bawah kain dan tarik kain itu perlahan-lahan supaya nampak permainan itu. Selepas itu ulangi perbuatan itu untuk melihat sama ada kanak-kanak tu meniru perbuatan anda.
(Ujian Reseptif Bahasa) Mengenalpasti  orang atau benda
Orang yag dikenali kanak-kanak
Tanya “Di mana_____ (Ibu/Ayah)”
Ujian ekspresif bahasa) Mengajuk bunyi yang bermakna
Permainan
Ambil apa-apa permainan seperti kereta atau patung haiwan dan buat bunyi berdasarkan permainan tersebut. Adakah mereka mengajuk.

Ujian ini dibuat kerana di malaysia tiada lagi ujian yang merangkumi preverbal, reseptif dan ekspresif bahasa untuk kanak-kanak dari lahir hingga umur 6 tahun.  Semua ujian ini boleh digunakan untuk bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Fungsi ujian-ujian ini adlah untuk tidak menjadi formal, senag untuk dinilai dan memberi kefahaman kepada ibu bapa dan guru tentan tahap bahasa kanak-kanak yang bertujuan untuk   mengenalpasti bila untuk campur tangan jika kanak-kanak tersebut mengalami kecelaruan bahasa. Oleh itu berdasarkan ujian MDLAK ini, guru dan ibu bapa dapat memilih matlamat mengajar yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut berdasarkan pencapaian ujian MDLAK itu.

Jika boleh, pastikan ujian ini dijalankan dengan kehadiran ibubapa supaya kanak-kanak itu tidak takut atau gementar dan menyebabkan ujian menjadi tidak sah. Ini juga membantu jika pencapaian kanak-kanak itu tidak sama dengan perkara yang diketahui oleh ibu bapa tentang kemampuan kanak-kanak itu.

Ujian preverbal menguji kanak-kanak mengenai melihat dan mendengar, mengambil giliran, kemahiran meniru dan pemahaman tentang perkara yang simbolik serta kemahiran memadankan sesuatu.

Ujian reseptif pula menguji kanak-kanak tentang kefahaman tentang sekeliling, mengenalpasti objek atau tubuh badan, arahan mudah dan kompleks, konsep, memahami tentang kedudukan, dan kemahiran fungsi dan penaakulan.


Ujian ekspresif  menguji bunyi-bunyi yang bermakna, menamakan objek menggunakan kata kerja dan kata sifat kerta kata sendi nama, menggunakan 2 dan tiga patah perkataan dan kemahiran tahap tinggi yang lain.

Contoh Jadual Permarkahan MDLAK

Terdapat kebaikan menggunakan kaedah ini. Antaranya ialah ujian MDLAK memberi ruang kepada ahli terapi bahasa untuk menguji kemahiran praverbal,  kemahiran melihat, kemahiran mendengar dan kemahiran meniru, dalam kalangan kanak-kanak yang terlibat. Berdasarkan ujian MDLAK ini, ahli terapi bahasa boleh mengetahui sama ada kanak-kanak ini mempunyai masalah pada bahagian-bahagian tertentu melalui tahap pencapaian yang diperoleh oleh kanak-kanak selepas ujian dijalankan.  Sebagai contoh sekiranya markah pencapaian kanak-kanak yang diuji adalah rendah pada bahagian pendengaran, maka ahli terapi bahasa boleh memberi keutamaan kepada sistem auditori atau pendengaran kanak-kanak tersebut untuk rawatan selanjutnya. 

Kekuatan kedua pada ujian MDLAK ini adalah kerana ujian ini dijalankan secara perseorangan iaitu kanak-kanak akan diteliti secara individu. Hal ini kerana setiap kanak-kanak tidak sama sama dari segi daya dan kemahiran mereka. Sekiranya ujian ini dijalankan dalam kelompok yang besar, maka hasil yang diperolehi mungkin tidak tepat dengan kemampuan sebenar seseorang kanak-kanak itu. Mungkin berlaku masalah terlepas pandang atau masalah membuat penilaian yang tepat. 

Ujian MDLAK ini juga memberi ruang kepada ibu-bapa untuk mengetahui kemampuan atau masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka sejak usia awal lagi. Ibu bapa tidak perlu menunggu kanak-kanak sehingga usia yang lanjut untuk mengetahui bahawa anak-anak mereka mengalami kecelaruan bahasa atau tidak.

Kelemahan yang dapat dilihat dengan menggunakan kaedah ini adalah Ujian MDLAK ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah sahaja. Oleh itu, kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas tidak dapat menggunakan kaedah ini untuk menguji tahap kecelaruan bahasa mereka. Hal ini kerana ujian ini lebih terarah kepada tahap pengahasilan bahasa pada peringkat awal atau peringkat asas oleh kanak-kanak.

Selain itu, Ujian MDLAK ini juga kurang standard terutama pada ujian mengajuk bunyi bahasa. Hal ini kerana kefahaman dan pengalaman kanak-kanak adalah tidak sama antara satu sama lain. Sebagai contoh kanak-kanak luar bandar akan lebih arif dengan bunyi haiwan berdasarkan pengalaman mereka berbanding kanak-kanak bandar yang mungkin kurang ada pengalaman dengan bunyi-bunyi haiwan sekiranya permainan haiwan digunakan sebagai alat dalam ujian ini. Mungkin mereka tidak dapat mengajuk bunyi haiwan yang dikehendaki bukan atas dasar mengalami kecelaruan bahasa tetapi disebabkan kurang pengalaman.



Rujukan:

Faust, T. 2002. Early Detection Of Language: Difficulties In Young Malay Children: Implication for School Preparation. Pulau Pinang. USM 

2 comments:

  1. hi .....

    macam mana nak cari dan beli buku MDLAK ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Tq sbb sudi baca blog saya. Psal MDLAK tu saya rujuk pakar psikologi dan google. Tq

      Delete